PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

Latihan Kebakaran/Fire Drill EiMAS 2016

27/10/2016 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Latihan Kebakaran/Fire Drill EiMAS 2016
Tahun
2016
Tarikh Keluaran
27/10/2016
Lokasi
Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) , Kampus UKM , Bangi

Penerangan

Satu latihan kebakaran telah diadakan melibatkan semua warga EiMAS dan peserta kursus yang sedang dijalankan pada ketika itu. Latihan kebakaran kelolaan Jawatankuasa Keselamatan EiMAS dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Bangi ini adalah yang pertama kali diadakan pada tahun ini. Tujuan utama diadakan latihan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada warga EiMAS khususnya tentang prosedur menyelamatkan diri jika berlaku sesuatu kecemasan yang melibatkan kebakaran. Latihan seperti ini penting di dalam melatih kecekapan dan menanam kesiap-siagaan semua pihak dalam menghadapi insiden kecemasan dan situasi di luar jangkaan. EiMAS telah menjalankan sesi Latihan Kebakaran atau Fire Drill pada 1 Mac 2016. Objektif latihan tersebut adalah untuk menguji respon warga EiMAS berkaitan aspek-aspek keselamatan di EiMAS. Aspek yang diuji semasa latihan termasuk dari segi komunikasi, tindakan pasukan pemadaman, tindakan pasukan penyelamat, gerakan kawalan trafik dan latihan pemadaman kebakaran oleh kakitangan. Senario kejadian pada sesi latihan tersebut adalah berdasarkan kepada risiko yang sedia wujud di EiMAS sendiri.