Penerangan
Satu lawatan sambil belajar ke Legenda Bumimas Sdn. Bhd. telah diadakan pada 12 Ogos 2016 bersamaan Hari Jumaat. Lawatan ini telah disertai oleh 8 orang pelajar latihan industri JAS Sabah dan 2 orang staf JAS Sabah. Selain daripada mengenali cara-cara pengestoran bahan terjadual dan perolehan minyak daripada buangan terjadual yang terpilih, para pelajar latihan industri juga berpeluang untuk mengenali lebih lanjut mengenai syarikat tersebut semasa sesi soal jawab bersama pengarah syarikat.