Penerangan
Pihak Demak Industries telah menandatangani MOU Rakan Strategik JAS dan bersedia untuk menyumbangkan 3 buah motosikal berjenama Demak untuk Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2016. Bagi menyempurnakan sesi tandatangan ini, pihak Demak menjemput dan mempelawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mengadakan sesi tersebut berserta Majlis Perasmian Kilang mereka di Olak Lempik, Banting pada 26 Julai 2016 jam 2.00 petang yang telah dirasmikankan Oleh YB. Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Majlis ini telah disempurnakan dan disaksikan oleh YB. Dato Sri Mustapa Mohamad, Menteri MITI dan YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.