Penerangan
Sebuah program kesedaran alam sekitar untuk pelajar sekolah menengah di daerah Ranau telah diadakan pada 26 Julai 2016, bertempat di SMK Matupang Jaya. Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun. Sebanyak lima buah sekolah menengah dari daerah Ranau telah menyertai aktiviti pembentangan isu-isu alam sekitar.