PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Mini Pesta Buku Enviro-Library 2012

02/06/2016 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Mini Pesta Buku Enviro-Library 2012
Tarikh Keluaran
02/06/2016
Lokasi
Putrajaya

Penerangan

Pada 30 dan 31 Mei 2012 yang lepas, Perpustakaan Jabatan Alam Sekitar telah menganjurkan Mini Pesta Buku Sempena Program Galakkan Membaca. Program ini telah di adakan bertempat di Dewan Baiduri NRE bermula pada pukul 10.00 pagi – 3.00 petang.  Seramai 15 pembekal telah terlibat dalam aktiviti ini. Pengunjung yang hadir tidak melepaskan peluang membeli pelbagai jenis buku dan bahan bacaan lain dengan diskaun yang hebat  dan mereka turut merebut peluang memenangi buku secara percuma. Selain dari itu satu pertandingan melukis dan mewarna juga turut di adakan. Pertandingan ini terbuka kepada anak-anak kakitangan Jabatan Alam Sekitar. Cintai Alam Sekitar adalah tema untuk pertandingan ini. Seramai 40 orang peserta telah menyertai pertandingan ini. Sebanyak 3 kategori yang  telah di pertandingkan mengikut peringkat umur. Program ini dapat memupuk  kanak – kanak untuk  mencintai alam sekitar dan menghargai alam sekitar.