Koleksi Gambar / Infrastruktur JAS

Sejarah Penubuhan Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar

Oleh sakinahd · 01/06/2016 · 2 paparan

Sejarah Penubuhan

Peningkatan tahap kesedaran dan keprihatinan terhadap isu pemuliharaan alam sekitar pada awal dekad tujuh puluhan dan juga kesan global daripada Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Manusia dan Alam Sekitar di Stockholm pada tahun 1972 merupakan intisari penting bermulanya penubuhan sebuah agensi yang bertangungjawab menguruskan hal ehwal alam sekitar di Malaysia. Sehubungan itu juga, Kerajaan telah meluluskan Akta Alam Sekitar Sekeliling sebagai satu undang-undang pada 14 Mac 1974 dan mula dikuatkuasakan pada 15 April 1975.

Peringkat awal pelaksanaan dan pentadbiran Akta tersebut telah dijalankan oleh Bahagian Perancang Am, Jabatan Perdana Menteri. Walaubagaimanapun, disebabkan pelbagai kuasa yang luas di bawah Akta berkenaan, maka Bahagian Alam Sekitar telah ditubuhkan pada 15 September 1975 di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar untuk melaksanakan Akta Tersebut selain menguruskan hal ehwal alam sekitar. Bahagian Alam Sekitar telah dipindahkan ke Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada Mac 1976 sebelum dinaikkan taraf kepada Jabatan Alam Sekitar pada 1 September 1983. Pada Mei 2001 Jabatan Alam Sekitar telah berpindah ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya dan Kini, pada April 2006 Pejabat Jabatan Alam Sekitar telah dipindahkan di bawah Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar, Presint 4, Putrajaya.

Lokasi
Putrajaya
Fail / Media (2)
• 20231511074601013.png .png Buka
• 20231511074601223.png .png Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS