PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Latihan Melawan Tumpahan Minyak Peringkat Kebangsaan 2016 yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) di Pelabuhan Tanjung Bruas

JAS HQ - BAHAGIAN KOMUNIKASI STRATEGIK 11/05/2016 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Latihan Melawan Tumpahan Minyak Peringkat Kebangsaan 2016 yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) di Pelabuhan Tanjung Bruas
Tahun
2016
Tarikh Keluaran
11/05/2016
Lokasi
Melaka

Penerangan

YB Datuk Ir Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menghadiri Latihan Melawan Tumpahan Minyak Peringkat Kebangsaan 2016 yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) di Pelabuhan Tanjung Bruas hari ini. Latihan ini bertujuan memberikan kefahaman terhadap senario sebenar kejadian tumpahan minyak serta isu-isu berbangkit semasa melaksanakan dan menyelaras kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di perairan Negara. Latihan ini turut menghubungkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kawalan pencemaran marin seperti strategi pembersihan tumpahan minyak, teknik dan kaedah penilaian impak kawasan pantai akibat tumpahan minyak serta garis panduan dan lain-lain dokumentasi yang telah disediakan oleh pihak Jabatan sebagai panduan kepada pihak-pihak yang berkepentingan termasuk agensi-agensi kerajaan. Sesi latihan ini turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Sr. Dr. Azimuddin Bahari, Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Dato Dt. Ahmad Kamarul Najuib Che Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar.