PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Lawatan Tanda Aras (Benchmark) Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) EiMAS ke Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR)

06/04/2016 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Lawatan Tanda Aras (Benchmark) Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) EiMAS ke Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR)
Tahun
2015
Tarikh Keluaran
06/04/2016
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

PENGENALAN:

Satu lawatan khas telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Latihan EKSA EiMAS ke IPPTAR Kuala Lumpur. IPPTAR telah berjaya memperolehi Pensijilan EKSA daripada MAMPU pada tahun 2014. EKSA merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam (2010). EKSA bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi agar lebih berimej korporat di samping melahirkan idea dan aktiviti yang kreatif serta inovatif.

TARIKH DAN TEMPOH LAWATAN:

Lawatan telah diadakan pada 15 Jun 2015 (Isnin) bermula jam 10.00 pagi sehingga 2.00 petang.

TEMPAT LAWATAN:

Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bertempat di Jalan Pantai Baharu, 59700 Kuala Lumpur.

TUJUAN/SKOP LAWATAN:

Lawatan tinjauan ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan EKSA dan keberkesanannya terhadap pekerja dan persekitaran di Institusi berkenaan. Lawatan ini diadakan kerana EiMAS  memerlukan rujukan dan tinjauan mengenainya bagi memastikan pelaksanaan sistem tersebut dapat memenuhi kriteria ke arah pensijilan EKSA di EiMAS.

NAMA DAN JAWATAN PEGAWAI YANG MENYERTAI LAWATAN:

  • Puan Raseli Mat Lazim - Ketua Delegasi/Penyelaras EKSA

KPP (Pusat Bahan Berbahaya)

  • Puan Mehrani Saharudin - Penyelaras EKSA

KPP (Pusat Perundangan dan Penguatkuasaan)

  • Encik Noor Suffianhadi b. Ramly

PK (Pusat Kawalan dan Pengawasan Udara)

  • Cik Shazana bt. Mohd. Ibrahim

PK (Pusat Kawalan dan Pengawasan Air)

  • Encik Mohd Aizudin b. Ab. Razak

PK (Pusat Kompetensi dan Pensijilan Industri)

  • Encik Abdul Basir b. Kapoor Khan - J/Kuasa Audit

PK (Pusat Bahan Berbahaya)

  • Cik Hasnida bt. Jakeria

Pustakawan

  • Encik M. Yazir b. Abd. Rashid

PPK (Pusat Kompetensi dan Pensijilan Industri)

  • Tn Hj. Mohamad Roslan b. Mohamad Yusof

PPK (Pusat Kawalan dan Pengawasan Udara)

  • Puan Kartini bt. Abdullah

Pen. Peg. Tadbir

  • Puan Fazlina bt. Fauzi -           J/Kuasa Latihan

Pen. Pustakawan

  • Puan Rina Arnida bt. Ahmad

PPK (Pusat Penilaian)

  • Puan Siti Aminah bt. Seron

Ketua Pembantu Tadbir

  • Puan Farah Adilah bt. Mohd Jazam

Pembantu Akauntan

  • Puan Salmiah bt. Umar - J/Kuasa Promosi

Pembantu Tadbir

  • Encik Muhd Sufian b. Sarohman - Jurugambar

Pemb. Am Pejabat

  • Encik Azaha b. Ahmad

Pemandu

 ITINERI LAWATAN:

Aturcara lawatan adalah seperti berikut :

10.00 pagi:      Ketibaan Delegasi dari EiMAS, Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) disambut oleh Puan Siti Meriam Hussein (Ketua Penyelaras dan Fasilitator EKSA IPPTAR)

10.15 pagi:      - Ucapan alu-aluan Pengarah IPPTAR, Y. Bhg. Dato’ Adilah Shek Omar

- Taklimat ringkas EKSA di IPPTAR

- Pertukaran Sijil Penghargaan

- Lawatan ke zon-zon EKSA IPPTAR

12.30 tghr:       Makan Tengahari

1.30 ptng:        Majlis Bersurai

DAPATAN/MAKLUMAT HASIL LAWATAN:

 EKSA ialah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Ia diterajui oleh pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia), dan merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam (2010). EKSA bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi agar lebih berimej korporat dalam melahirkan idea dan aktiviti yang kreatif dan inovatif.

IPPTAR mengambil inisiatif untuk menjadikan EKSA sebagai amalan di tempat kerja dan mendapat pengiktirafan pensijilan oleh MAMPU. IPPTAR telah mengorak langkah menamakan projek “memburu impian” ke arah pensijilan EKSA.

Dasar EKSA bagi warga kerja IPPTAR komited mengamalkan kerja secara berpasukan dan menerima pakai amalan EKSA bagi mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, kemas, teratur dan selamat.

ULASAN KESELURUHAN/RUMUSAN: Hasil daripada lawatan yang dianjurkan anggota delegasi telah mempelajari banyak perkara berkaitan EKSA iaitu:
  • Imej korporat
Mempamerkan imej korporat mengikut agensi/jabatan dengan mengurangkan hiasan yang berlebihan
  • Persekitaran kerja kondusif
Susun atur kelengkapan dan peralatan pejabat yang kemas dan teratur serta sentiasa bersih dan tidak berhabuk agar dapat memelihara persekitaran yang kondusif dan berkualiti
  • Kelengkapan Agensi
Setiap agensi sektor awam akan diaudit oleh pihak MAMPU dengan menggunakan Kriteria EKSA yang bersesuaian mengikut jenis agensi dan kluster jabatan tertentu
  • Kreativiti dan Inovasi
Menggalakkan pelaksanaan kreativiti dan inovasi (best practices) yang boleh meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja warga agensi. Melaksanakan program kreativiti dan inovasi seperti kreativitin menggunakan barangan terpakai yang tidak memerlukan perbelanjaan
  • Go Green
Pelaksanaan Go Green digalakkan bagi menyokong kempen guna semula, kitar semula dan penjimatan SYOR/CADANGAN:  Adalah disyorkan di masa-masa akan datang, EiMAS sentiasa mengadakan kerjasama dengan IPPTAR dalam meminta pandangan dan nasihat khususnya ke arah pensijilan EKSA  dengan jayanya. LAMPIRAN: Kertas-kertas/dokumen-dokumen/gambar-gambar yang diperolehi sebagai lampiran Tarikh:   23 Jun 2015 PELAPOR: (FAZLINA BT FAUZI) Jawatankuasa Latihan EKSA Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS)   PENGESAHAN: (RASELI BT MAT LAZIM) Penyelaras EKSA Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS)