Penerangan
Teknik dan cara menggunakan mesin perakam waktu kehadiran oleh kakitangan Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur. Kakitangan akan mengetip kad waktu kehadiran semasa datang dan sebelum balik bertugas setiap hari. Sistem Perakam waktu digunakan oleh penjawat awam untuk merekodkan status pergerakan dan kehadiran pegawai datang bertugas setiap hari untuk rekod setiap bulan. Kad kuning diketip dengan mesin perakam waktu untuk merekod masa kehadiran dan masa balik pegawai daripada bertugas. Mesin perakam waktu kehadiran kakitangan Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur yang menggantikan mesin lama. Mesin tersebut masih digunakan sehingga kini bagi memudahkan pegawai-pegawai yang bertugas lebih masa untuk membuat rekod kehadiran bertugas.
Mesin perakam waktu kehadiran kakitangan Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur yang menggunakan kaedah tumb-print telah mula digunapakai di JASWPKL pada awal tahun 2014. Pegawai hanya perlu tumb-print pada slot pengimbas untuk merekod kehadiran setiap kali hadir dan balik bertugas setiap hari. Rekod kehadiran akan dijana melalui sistem komputer setiap bulan dan pihak pentadbiran akan mencetak rekod kehadiran pegawai untuk semakan dan pengesahan pegawai bertanggungjawab sebelum diserahkan semula kepada pihak pentadbiran untuk rekod.