PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR (KEKAS 2002) JAS WPKL

JAS PERAK 22/03/2016 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR (KEKAS 2002) JAS WPKL
Tahun
2000
Tarikh Keluaran
21/03/2016
Lokasi
Kuala Lumpur|Selangor

Penerangan

KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN Objektif Kem Kesedaran Alam Sekitar adalah untuk memberi kefahaman, kesedaran dan kemahiran kepada pelajar mengenai kepentingan ekosistem dalam memastikan pembangunan yang mampan. Pada tahun 2002, JAS WPKL telah menganjurkan satu (1) Kem Kesedaran Alam Sekitar Peringkat Wilayah Persekutuan bertempat  di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat pada 18 – 20 Jun 2002. Seramai 30 orang guru dari sekolah menengah Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur telah menyertai kem tersebut . Tujuh (7) modul iaitu ekosistem sungai, ekosistem hutan, ekosistem pertanian organik, ekosistem marin/pinggir pantai, ekosistem perladangan, ekosistem urbanisasi serta ekosistem tanah tinggi didedahkan kepada peserta. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah merentas hutan, night walk, role play, kitar semula kertas dan compas ‘orienteering’. Sijil disampaikan oleh Hajah Wan Ramlah Wan Ibrahim Pengarah JAS WPKL semasa Majlis penutup yang diadakan pada 20 Jun 2002.