PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR (KEKAS 2000) JAS WPKL

JAS PERAK 21/03/2016 7 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR (KEKAS 2000) JAS WPKL
Tahun
1994
Tarikh Keluaran
21/03/2016
Lokasi
Kuala Lumpur|Negeri Sembilan

Penerangan

KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN Pada tahun 2000, JAS WPKL dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan Kem Kesedaran Alam Sekitar siri ke-2 bertempat  di Karisma Nature Camp D’Talang Kuala Pilah Negeri Sembilan pada 9 – 12 Ogos 2000. Kem ini khas untuk guru dengan memberi pendedahan  kepada  tujuh (7 ) modul iaitu ekosistem sungai, ekosistem hutan, ekosistem pertanian organik, ekosistem marin, ekosistem bakau, ekosistem perbandaran serta ekosistem pinggir pantai . Berpandukan modul tersebut, peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti merentas hutan, rekreasi eko, cabaran eko survival hutan dan ceramah motivasi. Seramai 29 guru sekolah menengah di Wilayah Persekutuan menghadiri kem tersebut. Sijil disampaikan oleh Pengarah JAS WPKL Pn. Halimah Hassan dan turut hadir pada Majlis Penyampaian sijil adalah En. Ismail Sajat,  Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Datuk Dr. Mohd Ghazali Hj Abdul Rahman, pengerusi Karisma Discovery Centre Sdn Bhd.