Penerangan
KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN ALAM KUALA SELANGOR
Mulai tahun 1996, Kem kesedaran Alam Sekitar di anjurkan diperingkat negeri. JASWPKL dengan kerjasama Malaysian Nature Society (MNS) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Kem tersebut mengikut modul ekosistem hutan bakau yang bertempat di Taman Alam Kuala Selangor. Seramai 40 pelajar berumur antara 14-16 tahun yang terpilih daripada sepuluh (10) buah sekolah menengah di sekitar Wilayah Persekutuan menyertai kem tersebut pada 18-21 November 1996. Y.Bhg DaTo’ Lee Lam Thye telah merasmikan kem tersebut pada 18 November 1996. Pelbagai aktivit dijalankan selama 4 hari kem tersebut berlangsung seperti merentas hutan bakau, bird watching, astronomi dan melihat kelip-kelip di Kg. Kuantan Kuala Selangor. Peserta diberi sijil penyertaan di Majlis penutup kem tersebut pada 21 November 1996 oleh wakil dari JAS ibu pejabat.