Penerangan
KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR DI PUSAT LATIHAN HIDUPAN LIAR & PENGAJIAN ALAM SEMULAJADI JABATAN PERHILITAN, BUKIT RENGIT, LANCHANG PAHANG
Pada 4 – 7 Mei 1998, JASWPKL dengan kerjasama Jabatan Perhilitan dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Kem Kesedaran Alam Sekitar. Seramai 40 pelajar berumur antara 14-16 tahun yang terpilih daripada sepuluh (10) buah sekolah menengah di sekitar Wilayah Persekutuan menyertai kem tersebut. Pelbagai aktiviti dijalankan selama 4 hari kem tersebut berlangsung seperti aktiviti merentas hutan, merentas sungai, bird watching dan lawatan ke unit tangkapan gajah.