Penerangan
Pada tahun 2001, JAS WPKL telah melaksanakan program pemantauan telaga air bawah tanah sebanyak 4 kali setahun di 6 lokasi iaitu 3 lokasi di tapak pelupusan sampah Sg. Besi, 1 lokasi di Royal Selangor Golf Club dan 2 lokasi di tapak pelupusan Taman Beringin. Telaga -telaga pemantauan terletak di kawasan mengikut kategori tanah gunatanah iaitu pertanian, perbandaran, industri, tapak pembuangan sampah-sarap, padang golf dan perkampungan. Program pemantauan tersebut diteruskan sehingga kini.