Penerangan
Alat pengawasan udara E-BAM bagi memantau data bacaan PM 2.5 telah dipasang di stesen pengawasan udara Sekolah Menengah Sri Permaisuri, Cheras dan telah diserahkan kepada JASWPKL untuk menjalankan pemantauan data pada tahun 2014. Pemilihan dan penempatan stesen-stesen pengawasan kualiti udara adalah untuk menentukan tahap kualiti udara di Wilayah Persekutuan khususnya di kawasan bandar yang mana penyumbang utama pencemaran udara adalah daripada kenderaan bermotor. Alat stesen udara telemetri kategori trafik diperiksa untuk memastikan proses penyelenggaraan dilakukan dengan baik.