Penerangan
Sambutan Minggu Alam Sekitar (MASM) Peringkat WPKL diadakan pada 7-14 Nov 1998 DENGAN BERTEMAKAN “Penjagaan Kualiti Udara Tanggungjawab Bersama;. Majlis pelancaran diadakan di Perkarangan Velodrome, Cheras pada 7 Nov 1998 dan dirasmikan oleh Y.B Dato’Ibrahim Saad, Timbalan Menteri, Jabatan Perdana Menteri. Antara aktiviti:: majlis Pelancaran Minggu Alam sekitar Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1998, Demonstrasi Pelepasan Asap Kenderaan (Diesel) oleh JASWPKL, Pameran kenderaan yang dipasang sistem petrol dan gas asli (NGV) oleh Petronas NGV, Penguatkuasaan Asap Hitam Kenderaan Diesel oleh JASWPKL dengan kerjasama DBKL DAN Pelancaran Kempen Kesedaran Pembakaran Terbuka oleh Y.Bhg Dato’ Lee lam Thye