Oleh syafini · 19/01/2016 · 3 paparan
Di JASWPKL telah dibekalkan beberapa alat pengawasan udara untuk memantau status data kualiti udara jika JASWPKL ada menerima sebarang aduan berkaitan status kualiti udara di sekitar Kuala Lumpur. Alat ini dibekalkan kepada pegawai penguatkuasa JASWPKL bagi memudahkan pemantauan dan pengawasan data udara dapat diperolehi dalam jangka masa yang cepat. Alat pengawasan udara jenis Ambient Particulate Sampler / Met-one telah dibekalkan kepada JASWPKL pada Mei 2003 bagi mendapatkan bacaan Particulate Sampler (PM) PM 10 dan PM 2.5. Alat ini menggunakan filter bagi menganalisa data. Alat pengawasan udara jenis Ambient Particulate Sampler / Met-one yang kedua telah dibekalkan kepada JASWPKL pada bulan Januari 2006 bagi mendapatkan bacaan Particulate Sampler (PM) P.M 10 dan PM 2.5. Alat ini menggunakan filter bagi menganalisa data. Alat pengawasan udara jenis Grimm Aerosol Technik model GRIMM EDM164 telah dibekalkan kepada JASWPKL pada bulan Jun 2013 bagi mendapatkan bacaan P.M 10 dan PM 2.5. Alat ini digunakan terus dilapangan bagi pengawasi bacaan PM10 dan PM2.5 yang mana data bacaan tersebut boleh terus dimonitor secara on-line di Pejabat JAS WPKL . Alat pengawasan udara E-BAM bagi memantau data bacaan PM 2.5 telah dipasang di stesen pengawasan udara Sekolah Menengah Sri Permaisuri, Cheras dan telah diserahkan kepada JASWPKL untuk menjalankan pemantauan data pada tahun 2014. Alat tersebut juga telah dipasang di stesen pengawasan udara Sekolah Kebangsaan Presint 8(2) Putrajaya.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup