Oleh syafini · 11/08/2015 · 3 paparan
Aktivit pengawasan udara di JASWPKL telah dimulakan sejak bulan Februari 1995. Antara penempatan awal lokasi stesen pengawasan udara adalah di Bangsar, Jinjang, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Balai Bomba Pudu. Pengawasan udara telah diswastakan pada bulan Ogos 1995. Sejak itu Syarikat Alam Sekitar Malaysia (ASMA) telah menjalankan kerja-kerja pengawasan kualiti udara dan data-data disalurkan ke Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar. Pada tahun 1996, 1 stesen telemetri (Automatik) pengawasan kualiti udara Kuala Lumpur telah ditubuhkan dan ditempatkan di Sekolah Menengah Victoria, Kuala Lumpur dan pada tahun 2004, stesen tersebut telah dipindahkan ke Sekolah Menengah Sri Permaisuri, Cheras pada bulan Januari 2004. Pada tahun 2009, 1 lagi stesen pengawasan udara automatik ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Batu Muda, Kuala Lumpur untuk pemantauan kualiti udara dan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuala Lumpur. Pada tahun 2012, sebuah stesen pengawasan udara automatik yang beroperasi secara automatik 24 jam telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Presint 8(2), Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk pemantauan kualiti udara dan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Putrajaya. Sehingga tahun 2015, dua stesen pengawasan udara di Sekolah Menengah Sri Permaisuri Cheras dan Sekolah Kebangsaan Presint 8(2) Putrajaya telah ditempatkan alat pengawasan E-BAM bagi memantau data PM 2.5 disekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup