Oleh sakinahd · 11/07/2015 · 0 paparan
Unit Perpustakaan telah menganjurkan bengkel ini untuk ahli Rakan Alam Sekitar serta agensi di bawah NRE dan disertai dengan pihak media.Program ini telah dilaksanakan pada 12 hingga 15 Mac 2014 di Perhentian Island Resort, Pulau Perhentian, Negeri Terengganu. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan sepanjang program berlansung. Aktiviti sebelum ke pulau perhentian, peserta bengkel melawat ke kuala gandah iaitu sebuah tempat penjagaan gajah yang dikawal selia oleh pihak perhilitan Negeri Pahang. Selepas itu, peserta bengkel bergerak ke Pusat Latihan Khidmat Negara ,Jerteh untuk bermalam di sana sebelum ke pulau perhentian. Di Pulau Perhentian, pelbagai ilmu baru diperolehi oleh peserta dalam satu masa iaitu gaya menulis dengan betul,membuat laporan dalam bentuk media dan teknik mengambil gambar dengan baik. Selain itu, aktiviti bersama masyarakat juga menjadi elemen penting dalam mencari idea untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh jurulatih. Antara aktiviti luar yang dijalankan seperti snorkeling , melawat pulau perhentian kecil dan besar. Aktiviti ini membuatkan peserta bengkel teruja melihat keindahan alam semulajadi. Program ini amat memberi manfaat kepada peserta dalam menimba ilmu penulisan, pelaporan media dan fotografi.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup