PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Upacara Perasmian Bangunan EiMAS Gilang-gemilang

07/07/2015 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Upacara Perasmian Bangunan EiMAS Gilang-gemilang
Tahun
2000
Tarikh Keluaran
06/07/2015
Lokasi
Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) , Kampus UKM , Bangi

Penerangan

Upacara perasmian Bangunan dan logo EiMAS telah dilakukan dengan gilang gemilang pada 2 April 2002. Lebih 200 orang jemputan khas, wakil media dan kakitangan JAS telah menyaksikan upacara yang penuh bersejarah ini. Upacara perasmian telah dimulai dengan ucapan Ketua Pengarah JAS diikuti oleh ucapan perasmian bangunan dan pelancaran logo EiMAS oleh Dato' Seri Law Hieng Ding. Penerangan ringkas mengenai EiMAS melalui persembahan multimedia juga turut dilakukan. Persembahan koir oleh kakitangan JAS turut memeriahkan lagi upacara tersebut. Upacara menandatangani MoU antara JAS dengan UKM telah dilakukan sejurus kemudian. JAS diwakili oleh KPAS manakala UKM diwakili oleh Timbalan Naib Canselor UKM. MoU ini mengukuhkan lagi kerjasama antara JAS dengan UKM. Sessi lawatan ke bangunan EiMAS juga turut dilakukan selepas upacara perasmian. Antara tempat-tempat dilawati ialah bilik latihan, asrama, perpustakaan dan bilik pentadbiran Institut.