PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Infrastruktur JAS

EiMAS : MoU Pertama dan Replika Reka bentuk Bangunan Institut Kemahiran dan Latihan Alam Sekitar Malaysia (IKLAS)

07/07/2015 8 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
EiMAS : MoU Pertama dan Replika Reka bentuk Bangunan Institut Kemahiran dan Latihan Alam Sekitar Malaysia (IKLAS)
Tahun
1988|1993
Tarikh Keluaran
06/07/2015
Lokasi
Jabatan Kerja Raya Malaysia, Kuala Lumpur|Kampus UKM

Penerangan

Cadangan penubuhan Institut ini telah diluluskan dalam RMK 6. Cadangan asal reka bentuk bangunan IKLAS dirangka setelah Memorandum Persefahaman pertama (MoU 1) dengan UKM di tandatangani pada 30hb. Julai, 1996. Pihak UKM diwakili oleh Prof. Dato' Dr Mohd Sham Mohd Sani (Naib Canselor UKM) dan Hj. Baharuddin Ishak (Pendaftar UKM), manakala pihak JAS diwakili oleh Ir. Tan Meng Leng (KP JAS) dan Hajah Rosnani bt. Ibarahim (TKP JAS). JKR adalah badan yang dilantik dan bertanggung jawab menyediakan reka bentuk bangunan IKLAS dalam tempoh/jangka masa sehingga Oktober 1997. Rekabentuk IKLAS ini adalah berkonsepkan kepada pemuliharaan alam sekitar dan mempunyai ciri-ciri bestari (intelligent). Konsep ini berhasrat melahirkan sebuah Pusat yang bersifat environmental friendly, di mana ciri-ciri fizikal semulajadi dimanfaatkan untuk membentuk sebuah Pusat contoh dalam pengurusan alam sekitar. Secara keseluruhan, konsep ini mengutamakan pemuliharaan alam sekitar serta memastikan segala pembangunan adalah berharmoni dengan alam semulajadi  dan mengambilkira kira ciri-ciri terrain sedia ada di samping penggunaan bahan-bahan binaan dan kemasan yang bersifat non-hazardous, penggunaan sumber semulajadi dan bahan-bahan kitar semula. Untuk menonjolkan ciri-ciri bagi konsep pemuliharaan alam sekitar, Institut ini dihiasi dengan landskap yang menarik bertujuan: i)    Mewujudkan persekitaran yang nyaman, sihat, harmoni dan selesa; ii)   Memelihara dan mengekalkan keseimbangan ekologi; dan iii)  Melahirkan alam persekitaran yang bebas daripada pencemaran. Lokasi milik tapak di dalam Kampus UKM dimiliki pada 7hb. Jun, 1999. Pada Ogos 1999, pembinaan bangunan IKLAS telah bermula di atas sebidang tanah seluas lebih kurang 10 ekar.