PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Infrastruktur JAS

EiMAS : Tapak Lokasi Institut Kemahiran dan Latihan Alam Sekitar Malaysia (IKLAS)

06/07/2015 6 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
EiMAS : Tapak Lokasi Institut Kemahiran dan Latihan Alam Sekitar Malaysia (IKLAS)
Tahun
1988
Tarikh Keluaran
06/07/2015
Lokasi
Kampus UKM|Tapak Hutan Simpan Kampus UKM, Bangi, Selangor

Penerangan

Pegawai-pegawai meninjau tapak lokasi yang telah dikenalpasti untuk projek membina Institut Kemahiran dan Latihan Alam Sekitar Malaysia (IKLAS). Persetujuan untuk membina IKLAS di Kampus UKM termeterai dalam satu memorandum persefahaman (MoU)  antara Jabatan Alam Sekitar dan UKM yang ditandatangani pada 30 Julai, 1996. Sebelum tapak lokasi IKLAS dipersetujui di UKM Bangi, perbincangan awal lokasi asal institut ini pernah dicadangkan di Jabatan Perhilitan Kuala Kubu Baru dan di UPM Serdang, namun tiada persefahaman. Semasa RMK 6, cadangan penubuhan di dalam Kampus UKM telah menampakkan hasil. Usaha dan sokongan mendapatkan tapak di Kampus UKM diluluskan setelah perbincangan pegawai JAS dengan Prof. Dato' Sham Sani (naib canselor UKM). Sebelum nama IKLAS, cadangan penubuhan Institut ini dikenali dengan beberapa nama di bawah projek RMK 6 antaranya Institut Penyelidikan Alam Sekitar atau Malaysia Environmental Research Institut (MERI) pada awal 1990an dan Institut Latihan, pengawasan dan Penyelidikan Alam Sekitar atau Malaysian Environmental Training, Research and Monitoring Institute (METRMI) pada tahun 1993.