PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Infrastruktur JAS

Infrastruktur Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut

18/05/2017 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Infrastruktur Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut
Tarikh Keluaran
11/08/2015
Lokasi
Malaysia

Penerangan

Kandungan organik yang tinggi dalam tanah gambut merupakan punca utama kebakaran tanah gambut sama ada secara semulajadi ataupun daripada manusia. Oleh itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengambil inisiatif dengan kerjasama agensi-agensi lain seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia untuk melaksanakan Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut pada tahun 2010. Program ini bertujuan untuk mengurangkan risiko kebakaran tanah gambut. Infrastruktur yang terlibat dalam program tersebut adalah kolam takungan air (check dam), telaga tiub (tube well) dan menara tinjau (watch tower). Kolam takungan air (check dam) adalah bertujuan untuk mengekalkan paras air tanah dan berfungsi sebagai sumber air semasa kebakaran tanah gambut. Telaga tiub adalah bertujuan sebagai sumber utama air yang boleh digunakan oleh pihak Bomba bagi memadamkan kebakaran tanah gambut. Menara tinjau pula dibina di lokasi strategik untuk meninjau kebakaran di kawasan tanah gambut.