Penerangan
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) ke-2 antara Jabatan Alam Sekitar Malaysia dengan Universiti Kebangsaan Malaysia telah diadakan bersempena Majlis Perasmian Bangunan dan Pelancaran Logo EiMAS. Majlis Menandatangani MoU ini menyaksikan JAS diwakili oleh KPAS Pn Hjh Rosnani Ibarahim manakala UKM diwakili oleh Timb. Naib Canselor UKM, Prof. Dato' Dr. Mohammed Noor Embi. Memorandum ini mengukuhkan lagi kerjasama JAS dengan UKM. Ini merupakan satu titik sejarah bagi Jabatan Alam Sekitar. EiMAS melambangkan kesungguhan Jabatan dalam usaha-usaha JAS untuk meningkatkan lagi keupayaan dan kepakaran tenaga kerja dalam pengurusan alam sekitar.