Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Pembukaan Bangunan IKLAS / EiMAS
- Tahun
- 1997
- Tarikh Keluaran
- 10/07/2015
- Lokasi
- Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) , Kampus UKM , Bangi
Penerangan
Bangunan EiMAS yang sebelum ini dikenali sebagai IKLAS telah mula beroperasi seawal tahun 2002 sebelum perasmian secara besar-besaran. Setelah beberapa lama dalam perancangan, akhirnya bangunan IKLAS telah siap dibina pada 28 Mei 2001, dalam tempoh 1 tahun 11 bulan 21 hari dari tarikh milik tapak pada 7 Jun 1999. IKLAS ditukar kepada EiMAS secara rasmi bermula pada April tahun 2002. Penggunaan nama EiMAS digunakan setelah dirasmikan bersama logo EiMAS yang sah.
Bangunan EiMAS telah dibuka dengan rasminya pada 2 April 2002 oleh Y.B. Dato’ Seri Law Hieng Ding, Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Malaysia ketika itu. Reka bentuk bangunan EiMAS unik kerana bangunan ini berkonsepkan ‘resort’. Ciri-ciri kebudayaan dan kesenian Malaysia menjadi tema kepada reka bentuk bangunan ini. Bangunan EiMAS juga dilengkapi berbagai-bagai kemudahan seperti bilik latihan, asrama, kafetaria, pusat riadah, perpustakaan dan auditorium. Kini, bangunan EiMAS menjadi lokasi tetap bagi setiap kursus yang diadakan oleh JAS kecuali kursus-kursus yang melibatkan kerja-kerja lapangan dan pengumpulan sampel.
Di peringkat permulaan, Institut ini dianggotai oleh 13 pegawai/kakitangan sepenuh masa. Mereka mula bertugas pada tanggal 1 Ogos 2001 semasa EiMAS masih lagi dikenali sebagai IKLAS. Program-program latihan bagi pelbagai jurusan pengurusan alam sekitar telah diatur dan bermula semenjak awal tahun 2002. Latihan-latihan ini dikendalikan sendiri oleh pegawai-pegawai kanan JAS yang sebelum ini dilatih di bawah program train the trainers. Kini JAS mempunyai tenaga pengajar yang dapat melaksanakan program-program latihan bagi pegawai/kakitangan JAS secara intensif dalam jangka masa pendek.