PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Infrastruktur JAS

Logo EiMAS

07/07/2015 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Logo EiMAS
Tahun
2000
Tarikh Keluaran
21/05/2012
Lokasi
Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) , Kampus UKM , Bangi

Penerangan

i) Simbol Bulat: Menggambarkan bumi, kehidupan sejagat dan kesempurnaan alam sekitar dalam pelbagai aspek kehidupan. Pokok: Melambangkan perjuangan untuk memelihara alam sekitar yang sentiasa berkembang dan semakin teguh dari hari ke hari. Perjuangan ini menjadi aspirasi EiMAS untuk meneruskan usaha meningkatkan pengeta- huan dan kesedaran sektor industri khususnya dan pegawai-pegawai alam sekitar JAS dan agensi-agensi lain amnya supaya pembangunan negara seiring dengan kesejahteraan alam sekeliling. Pokok juga meng- gambarkan EiMAS turut memberikan penekanan dalam aspek kesedaran terhadap perlunya mengekalkan flora dan fauna yang menjadi sumber alam semulajadi. Tangan: Menggambarkan penerimaan serta penyampaian ilmu pengeta- huan. Tangan juga berupaya membuat perubahan dan pembaharuan dalam idea-idea pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar. ii) Warna Emas: Melambangkan keunggulan, kecemerlangan dan bernilai tinggi sebagai sikap, tanggungjawab dan komitmen warga EiMAS terhadap pe- ngurusan alam sekitar yang baik. Hijau : Melambangkan kesegaran, bertenaga dan responsif kepada aspek persekitaran dan juga warna flora dan fauna. Coklat Muda: Melambangkan teknologi mesra alam dan Pengeluaran Bersih (Cleaner Production) yang dipromosikan oleh EiMAS. Biru: Melambangkan integrasi pembangunan keupayaan dalam semua aspek alam sekitar yang dikendalikan oleh EiMAS.