PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Penjenamaan Semula Rakan Alam Sekitar

17/06/2015 19 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Penjenamaan Semula Rakan Alam Sekitar
Tahun
2013
Tarikh Keluaran
29/04/2013
Lokasi
Putrajaya

Penerangan

Keterangan: Pada tahun 2013 iaitu empat (4) tahun semenjak penubuhan Rakan Alam Sekitar (RAS) pada tahun 2009, Program RAS telah diberi nafas baru menerusi Penjenamaan Semula Rakan Alam Sekitar. Penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi nafas baru kepada Program RAS bagi menyuntik semangat kepada ahli-ahli RAS yang bilangannya kian bertambah dari semasa ke semasa. Lagu, Motto dan Logo RAS telah diberi satu pembaharuan ke atasnya menerusi Penjenamaan Semula ini. Logo RAS yang baru telah menggantikan Logo RAS sedia ada manakala Motto RAS baharu telah diberi iatu `Kami Mahu Gaya Hidup Lestari’ atau `We Want A Sustainable Lifestyle’.