PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Rakan Alam Sekitar

07/09/2022 13 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Rakan Alam Sekitar
Tahun
2009
Tarikh Keluaran
29/04/2009
Lokasi
Putrajaya

Penerangan

Keterangan Program Rakan Alam Sekitar (RAS) merupakan inisiatif Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dalam membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Rakan Alam Sekitar melibatkan anggota masyarakat secara `hands-on’ iaitu menjadi `mata dan telinga’ untuk membantu agensi-agensi Kerajaan yang bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan-kegiatan yang merosakkan atau mencemarkan alam sekitar. Objektif Program Rakan Alam Sekitar adalah seperti berikut:-
  1. Memberi kesedaran alam sekitar di setiap lapisan masyarakat
  2. Menanam rasa tanggungjawab di kalangan masyarakat untuk bertindak dan mengambil bahagian dalam menjaga alam sekitar yang dikongsi bersama
  3. Menyediakan saluran yang tepat bagi masyarakat membuat aduan atau pandangan mengenai alam sekitar kepada agensi-agensi kerajaan berkenaan
Kumpulan sasaran penyertaan keahlian Rakan Alam Sekitar terbuka kepada semua warganagera Malaysia tidak kira peringkat umur termasuk pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, pekerja sektor awam / swasta, orang awam dan lain-lain. Pendaftaran keahlian RAS dibuat menerusi Borang Pendaftaran Keahlian yang boleh diperolehi daripada Urusetia Rakan Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat dan Jabatan Alam Sekitar Negeri. Pendaftaran juga boleh dibuat secara atas talian menerusi Portal Rakan Alam Sekitar di pautan http://ras.doe.gov.my/v2/. Pendaftaran penyertaan keahlian Rakan Alam Sekitar diproses oleh Urusetia Rakan Akan Sekitar berdasarkan maklumat lengkap yang diperlukan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan